:: Tentang Kami ::

 

 

Semerakloni.com merupakan laman web rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak (Adun) Kelantan YB Wan Hassan bin Wan Ibrahim.Laman web ini disasarkan khasnya kepada masyarakat dun semerak dan umumnya seluruh pengguna internet dalam negara ataupun luar negara yang ingin mendapatkan maklumat tentang dun semerak.

 

Laman web ini beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.Ianya diwujudkan adalah untuk memaparkan maklumat berkaitan dengan bagaimana untuk menghubungi YB.Selain itu, koleksi gambar-gambar dan koleksi video aktiviti kemasyarakatan terkini di dun Semerak juga turut dimuatnaik di laman web semerakloni.com supaya pengunjung laman  web ini dapat mengetahui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang terkini di dun Semerak.

 

Disamping itu pengunjung laman web ini terutamanya penduduk dun Semerak  boleh berkomunikasi secara terus dengan YB Wan Hassan samada melalaui emel,telefon,sms,chatting dan facebook.Mereka juga boleh menghantar aduan kepada YB melalui borang aduan atas talian yang akan disambungkan terus kepada telefon bimbit YB .

 

Harapan YB Wan Hassan , dengan adanya laman web ini, warga dun Semerak terutamanya para perantau yang berada di luar dun Semerak mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai dun Semerak. Maklumat yang dipaparkan dalam bentuk video dan gambar-gambar dapat  memberi kesan yang mendalam kepada pengunjung laman web ini. Melalui paparan gambar dan video juga mereka dapat menghilangkan rasa rindu mereka pada kampung halaman.

 

 

 

:: Google Earth@Semerak ::

 

 

:: Dasar Privasi :: Dasar Keselamatan :: Penafian :: Tentang Kami :: Hubungi webmaster ::